Tadi pagi ada sorang jumpa matt.Katanya hidup dia susah.Ada anak 5 orang masih bersekolah.Segalanya susah.kais pagi makan pagi kais petang makan petang.kadang2 kais2 tapi tak dapat apa2.Boleh dikatakan semuanya susah.Luah beliau.
Matt tengok air muka dia bercelaru.
Matt tanya satu soalan.
Solat abang macam mana?
em.. susahlah nak solat.Nak solat pun tak tenang sebab dok fikir nak cari duit.Kalau solat tak tenang buat apa solat.Katanya.
Mattt jawab: Bang,Rezeki ni milik Allah s.w.t.Setiap makhluk Allah bg rezeki.Orang bukan islam pun Allah yang bagi rezeki.Tetapi beza rezeki yang diberikan untuk orang islam.Sangat berbeza.Jika abang jauh dengan Allah s.w.t.Sedangkan Allah yang bagi rezeki.Bagaimana mahu tenang?!
Rezeki untuk orang islam ni dinilai pada keberkatan, bukan dinilai pada mata wang atau harta.
Jika kita terus bagi alasan untuk tidak solat,begitu jugalah Allah s.w.t ada alasan untuk sukarkan rezeki kepada kita.
Dia tunduk diam.Matt pot pet pot pet ceramah.Bila bercakap susah nak brenti.Panjang lagi matt bebel,malas nak tulis.
jadi marah bila orang islam mengeluh tentang rezeki,sedangkan kita jauh dengan Allah s.w.t.
Ada rakan matt,gaji rm40-50 sehari.tak tinggal dhuha,baca yasin setiap pagi,solat berjemaah dimasjid.Suka tolong orang,tiap2 bulan ikut jemaah tabligh buat dakwah.
Tetapi matt tengok hidup dia tenang walaupun pakai kereta proton saga lama.
Matt pernah tanya,beb dengan gaji rm40 ni boleh survive ke?
Jawapan beliau sampai hari ini matt tak boleh lupa.Apa kata dia?: Alhamdulillah matt,Rm40 sehari berjaya bawak aku untuk solat berjemaah di masjid.
Apa guna gaji belas ribu sehari tapi tak mampu nak solat walaupon 2 rakaat.
ALLAHHURABBI! Sentap beb!
Beb,Yakinlah Dengan jaga Agama Allah s.w.t,maka Allah s.w.t akan jaga kita.
No comments:
Post a Comment