Persekolahan akan bermula buat anak-anak kita. Semoga Allah muliakan sahabat semua. Aamiin.
Usahakan anak-anak SOLAT SUBUH sebelum ke sekolah. Dan masa kejut anak sebut nama Allah contoh: Bangun kakak dah subuh. Kalau kita solat subuh, Allah sayang kita.
(Sebut Allah atau solat masa kejut anak)
Kalau dulu kita kejut: Bangun kakak, cepat...kakak nanti lambat pergi sekolah, nanti cikgu marah.
Tiada ALLAH dalam kejut kita...lama2 anak-anak tidak kenal Allah, tidak takut Allah.
Ajar anak anak...pasang niat nak pergi sekolah. Ajar mereka:
Ya Allah aku pergi sekolah kerana Engkau, tolong aku ya Allah.
Nanti Allah sentiasa tolong anak-anak kita, Allah fahamkan ilmu kpd anak-anak kita, Allah susun hidup anak-anak kita.
Hari-hari tanya anak: hari ini pergi sekolah kenapa nak? Pastikan dan didik dia agar dia jawab:
KERANA ALLAH MAK..
Allah akan jaga anak-anak kita yakinlah. Sekadar perkongsian buat semua dan ingatan untuk diri sendiri...☺☺☺
No comments:
Post a Comment