1. Perhatikan mereka ketika bermain. Jangan biarkan anak bermain bersendirian di luar rumah.
Ibu atau ayah mesti ada di sisi untuk memerhati dan memantau keselamatan anak agar dapat mengelakkan daripada berlaku kecederaan atau kemalangan yang tidak diinginkan.
2. Bersihkan badan anak. Bermain di luar rumah memang mendedahkan anak kepada risiko kekotoran.
Badan yang berpeluh, tangan yang kotor kerana banyak menyentuh objek di luar rumah mesti dibersihkan sebaik selesai bermain kerana ia penuh dengan kuman yang berisiko menyebabkan jangkitan pelbagai penyakit.
3. Pastikan tempat bermain selamat. Pilih kawasan yang selamat untuk anak bermain di luar rumah. Jangan mendedahkan anak bermain di tempat yang berbahaya.
4. Tetapkan masa bermain. Kanak-kanak memerlukan minimum satu jam untuk melakukan aktiviti fizikal kerana ia penting untuk kesihatan mereka.
Sediakan sekurang-kurangnya satu jam untuk anak bebas bermain di luar rumah.
5. Bekalkan dengan suplement yang tepat. Pengambilan supplement adalah penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan cerdas serta tidak mudah jatuh sakit.
***Saya ada menyediakan peralatan untuk anak anda bermain dikawan rumah anda atau didalam rumah anda sahaja.
***Anak anda tidak perlu keluar kawasan rumah anda hanya berada disekitar anda sahaja anak anda mampu menjalani aktiviti luar rumah yang lebih banyak memberi manfaat dan membantu mereka membesar sebagai anak yang kreatif, cergas dan cerdas.
No comments:
Post a Comment