Assalamualaikum.
Tugas manusia di muka bumi ialah sebagai hamba & khalifah Allah.
Seorang anak sebagai khalifah kepada ibubapanya.
#Menjadi alat Allah Ar-Rahman Ar-Rahim
Seorang anak yang patuh akan arahan Allah menzahirkan fitrah Ar-Rahman Ar-Rahim yang tertanam dlm jiwanya akan sentiasa menyayangi kedua ibubapanya dengan sepenuh hati.
Kasih sayang drpd Allah merupakan vitamin jiwa yg sebenar, maka ia perlu dialirkan daripada anak kepada kedua orang tuanya agar ibubapa mencapai ketenangan hidup disayangi anak yang menjadi khadam Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Seorang anak yg menzahirkan fitrah Ar-Rahman sangat pemurah kepada ibubapanya tanpa mementingkan diri sendiri terus berkorban dan berbakti demi orang tua yg dahulunya melahirkan dan membesarkannya.
Tidak kedekut dalam berbakti kpd ibubapa dgn keyakinan bahawa Allah ya Rahman ya Rahim Mengasihi hambaNya yang berbakti kpd ibubapa.
Seorang anak yg menzahirkan fitrah Ar-Rahim menyayangi ibubapa sehingga ke syurga. Sentiasa memastikan ibubapa berpijak di atas jalan ke syurga dengan meninggalkan cinta harta dan dunia, dan meletakkan cinta YA WADUD sebulatnya di hati.
Seorang anak yg ingin ibubapanya memasuki syurga Allah yg abadi tidak menjadikan harta pusaka yg diwariskan kepadanya utk kepentingan diri semata, sebaliknya memanfaatkan peninggalan tersebut sebagai bekalan akhirat ibubapanya yang telah meninggal dunia.
Maka, dunia menjadi medan limpahan kasih sayang Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Bicara hati seorang anak sebagai khalifah Ar-Rahman Ar-Rahim:
“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya kasih-sayang yg tulus ikhlas itu sumbernya daripadaMu, daku memohon secebis rasa kasih dan sayangMu untuk daku mampu menyayangi kedua ibubapaku dengan tulus ikhlas dan bersungguh-sungguh. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Jaami', kasihilah kedua ibubapaku, berikan mereka rasa mengasihiMu dan tautkanlah hati mereka denganMu agar jiwa mereka sentiasa segar dengan cinta kepadaMu Ya Wadud semata. Ya Allah Ya 'Affuw Ya Ghoffar Ya Tawwab Ya Quddus Ya Jaliil, maafi, ampuni dosa2ku dan kedua ibubapaku, terimalah taubatku dan mereka. Bersihkan dan jernihkan hatiku dan mereka drpd penyakit hati, karat2 dosa, penyakit cintakan dunia, kotoran syirik kepadaMu ya Allah. Agar kami pulang ke kampung akhirat dalam keadaan hati yang bersih. Temanilah kami di alam barzakh, alam akhirat sehingga ke syurga kerana hanya kasihMu memastikan hambaMu beristirehat di syurgaMu yang suci, mulia dan abadi. Pertemukan kami di syurgaMu ya Allah Ya Jaami'.”
#SebarkanAsmaulHusna
#HambaKhalifahAllah
https://www.facebook.com/hijabituindah/?ref=hl
No comments:
Post a Comment