Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.
"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."
Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.
SEBAB KENAPA PERLU BERBENGKUNG SELEPAS BERSALIN
============================
1. Mengembalikan bentuk tubuh badan.
2. Membetulkan PERANAKAN
3. Mencegah dari makan berlebihan.
4. Menguatkan Tulang & Otot2 ABDOMEN yg lemah disebabkan mengandung.
5. Mengelakkan rasa sakit ketika batuk & bersin.
6. Melancarkan pengeluaran darah kotor/nifas
7. Mempercepatkan pengecutan rahim.
8. Menyokong 'posture' badan ketika menyusu serta mengurangkan sakit belakang akibat bersalin.
9. Membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan semasa berpantang.
10. Membantu mengembalikan kedudukan rahim/peranakan.
11. Mengembalikan tenaga dan keyakinan untuk bergerak semasa dalam pantang. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal.
Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.
No comments:
Post a Comment