Tips memastikan payudara anjal selepas bersalin.
1. Kedudukan selesa
Pastikan kedudukan ibu selesa di mana bayi diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar pada katil, sofa ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda. Sebaik-baiknya jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga menyukarkan dia mencapai puting untuk menyusu.
2. Sokong bayi
Kepala, tengkuk dan tubuh bayi haruslah berada dalam keadaan selari. Manakala mukanya pula menghadap payu dara. Hidung bayi perlu bertentangan dengan puting payu dara. Dalam pada itu, bayi perlu rapat dengan anda di mana punggung, kepala dan bahu bayi diampu dengan sebaik-baiknya.
3. Ampu payu dara
Biasanya ramai ibu menyusu melakukan pegangan gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk berada di atas puting manakala jari-jari yang lain di bawah puting ketika menyusu. Sebenarnya, cara yang betul memegang payu dara ialah dengan melakukan pegangan C di mana ibu jari berada di atas puting dan jari-jari lain di bawah puting.
4. Lekapkan bayi
Sebelum mula menyusukan bayi, sentuh bibirnya. Biarkan mulut bayi terbuka luas. Kemudian, halakan tubuh bayi ke arah payu dara. Dalam pada itu, pastikan dia melekap pada aerola dengan betul. Gerakan rahang dan bunyi tegukan yang kedengaran adalah petanda bayi menyusu dalam posisi yang betul.
> Elakkan daripada terlalu membongkok hingga membuatkan anda begitu rapat dengan bayi. Ibu digalakkan menggunakan bantal atau kusyen untuk bersandar bagi menyokong diri sendiri dan bayi semasa proses penyusuan. Sebaiknya gunakan bantal menyusu.
DAPATKAN BANTAL UNTUK MENYUSU BAGI MENGELAKKAN PAYUDARA ANDA MENGENDUR DAN SAKIT DIBHAGIAN BELAKANG.
TERDAPAT PELBAGAI PILIHAN CORAK YANG MENARIK DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN..
WHATSAPP OR TELEGRAM KAMI DI 0139144117
No comments:
Post a Comment