Thursday, 25 February 2016

Nikmat Allah

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ).Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar”

Isteri: “Saya tau”

Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”

Isteri: ” Tentulah yang manis”

Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yg manis”

Suami terus lagi bertanya: ”Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti yang manis”

Si suami diam sejenak..

Kemudian dia menyambung.”Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”

Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”

Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.

Lalu dia berkata: “Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa?

Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.

Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,

Jadi awak marahkan siapa?

Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam?

Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”

Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap.

Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah.

Jika kita mengecamnya, ramai orang di sekeliling akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati.

Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Beberapa ayat petikan dalam al-quran semoga dapat memberi panduan kepada kita semua insyaAllah. Allah swt berfirman.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak

dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(An-Nahl: 18)

Cuba bayangkan berapa banyak nikmat Allah yang Allah bagi kepada kita. tak terhitung nilainya kan. Contoh nikmat yang paling dekat dengan kita ialah nikmat sihat. Cuba kalau Allah bagi kita sakit gigi.. macam mana rasa? SubhanAllah tak tahan rasanya.. Allah uji dengan satu nikmat jangan cepat mengeluh ye, fikirkan nikmat lain yang Allah bagi tidak terhitung banyaknya.

Allah swt berfirman lagi..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7)

Allah kata, siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Dan kalau kita ingkar dengan nikmat yang Allah bagi akan pasti menanggung azab Allah yang sangat berat. Contoh disini ialah kisah tembikai tadi, Isteri lelaki soleh tidak bersyukur dengan buah tembikai yang dibeli oleh suaminya kerana tawar, tetapi isterinya tidak sedar dia sedang mengingkari nikmat yang Allah berikan.

Allah swt berfirman lagi…

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Beryukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menrik nikmat itu bila-bila masa sahaja.Jika tidak dapat apa yang kita suka,belajarlah menerima apa yang kita dapat, dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.

Semoga Allah beri kita faham…

Tuesday, 23 February 2016

BAYI KEMBUNG

Kenali tanda tanda bayi anda mengalami perut kembung
* Bayi menggenggam tangan dengan kuat
* Tangisannya nyaring dan lantang
* Menangis tanpa henti dan sukar ditenangkan
* Muka bertukar kemerah merahan
* Lutut diangkat ke paras dada
* Angin berlebihan
* Perut mengeras dan berbunyi kosong apabila ditepuk
* Muntah
* Muka berkerut seperti menahan kesakitan

Tips atasi kembung perut bayi
* Sapukan minyak (habbatussauda) dan urut perlahan dibahagian perut, betis dan tapak kaki bayi
* Amalkan menuam perut, betis dan tapak kaki bayi setiap kali selepas mandi.
* Jika bayi anda menggunakan botol ketika menyusu, carilah botol yang mempunyai fungsi anti colic
* Apabila bayi sedang mengalami kembung perut anda boleh layurkan daun sirih @ daun mengkudu untuk dituam ke atas perut, betis dan tapak kaki bayi serta kemaluannnya (bayi lelaki utk elakkan angin pasang). Cara ini juga boleh dijadikan rutin setiap selepas mandikan bayi.
* Selain duan sirih dan daun mengkudu, campuran herba jintan, lada hitam, dan jintan habbatussauda boleh digunakan dengan cara sangai bahan tersebut dan isi didalam bunjut, selepas itu jadikan ianya seperti tungku untuk menuam perut, betis dan tapak kaki bayi anda.
* Tiarapkan bayi anda agar rasa lebih selesa dan peluk mereka.
*****Pelukan dan sentuhan dapat melegakan hati yang runsing serta badan yang sakit terutamanya ibu sendiri.

#sumber pembacaan dan pengalaman sendiri.

CARA BANYAKKAN SUSU BADAN

Nak share sikit Cara Banyakkan Susu badan??

-Berfikiran positif dan berazam semenjak mengandung untuk menyusukan bayi sepenuhnya

-Mulakan sesi pump yang konsisten dan berjadual semenjak minggu pertama atau kedua berpantang (apabila bayi anda sudah selesa direct feeding, itu tanda untuk anda mulakan tugas mengepam)

-Penuhi konsep asas penyusuan ‘Demand & Supply

-Kosongkan payudara sekerap mungkin. Amalkan pump setiap 2-3 jam sekali. Jarak antara 1 sesi pump tidak boleh lebih dari 4 jam.

-Jika waktu nak pump, bayi pula nak menyusu, utamakan bayi dulu. Biarkan dia menyusu hingga puas sebab hisapan bayi adalah rangsangan terbaik. Kemudia baru sambung pump untuk pastikan payudara dikosongkan sepenuhnya

-Jika bayi cuma menyusu sebelah sahaja, amalkan pump payudara lagi sebelah. Bukan sahaja anda mampu kumpul stok, anda juga beri rangsangan sepenuhnya pada badan. Ini dipanggil Tanderm Pumping/Nursing (biasanya guna pump elektrik)

-Jika stok susu sikit, amalkan Power Pumping (lakukan disegertiga malam lg berkesan) setiap hari @sekurang kurangnya 3 kali seminggu. Ini teknik pump yang amat berkesan untuk naikkan penghasilan susu tapi rata-rata ibu malas nak buat kerana perlukan komitmen tinggi.

-Minum air kosong minimum 3-4 liter sehari. Air adalah komponen utama susu ibu. Jika badan ibu sendiri kurang air bagaimana susu nak banyak kan?

-Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat. Amalkan pemakanan sunnah, madu, habatussauda, kurma, horlick, barli dan penggalak susu yang lain. Jika mampu amalkan
SUPPLEMENT PENYUSUAN, insyaAllah dapat membantu anda.

-Amalkan zikir dan selawat semasa sesi mengepam. Doa mohon dimurahkan rezeki susu untuk baby. Susu adalah anugerahNya dan hanya pada Dia kita meminta.

Usaha, doa dan tawakal paling utama. Mohon dengan MAHA PENCIPTA...

Monday, 22 February 2016

BILA JAUH DENGAN ALLAH

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

• Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
• Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
• Allah akan sibukkan kita dengan harta.
• Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
• Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
• Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
• Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
• Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
• Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
• Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
• Setiap kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka kita akan dipanggil oleh Allah SWT semakin dekat.
• Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
• Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

😄👆🏾peringatan ini utk diriku, keluargaku dan sahabat2 seagama ku... Semoga kita dilindungi Allah..

Sunday, 21 February 2016

PENGHORMATAN TERAKHIR BUAT IBUBAPA KITA

Satu hari nanti ALLaH akan amek mak kita balik..
Waktu tu kita kena terima..
Dan kita sebagai anak jangan duduk diam je..
Memang sedih.. tapi kena buat sesuatu sebagai penghormatan terakhir utk mak..
Anak-anak perempuan pergi mandikan mayat mak..
Tengok muka mak.. tengok lama-lama..
Ni kali terakhir nak tengok..
Lepas ni cuma dapat tengok kat gambar je..
Sentuh lembut2 badan mak..
Belai lembut2 badan mak..
Cakap dalam hati...
"Ni la orang yg lahirkan aku..
Yg besarkan aku..
Mak didik aku sampai aku jadi orang..
Mak ajar aku jadi perempuan yg baik..
Walaupun kadang-kadang aku kecikkan hati mak,
tapi mak tak penah marah aku..
Mak tetap nasihatkan aku..
Lepas ni aku dah takde mak..
Nanti satu hari aku pulak akan jadi mak..
Aku ganti pikul tanggungjawab sama mcm mak...
Tapi waktu tu mak dah takde..
Aku tak dapat nak manja dgn mak lagi..
Aku takde tempat nak bercerita..
Sebelum ni apa je rahsia aku kongsi dgn mak..
Mak... Aku sayang mak..
Camne kalau pasni aku rindu mak?
Camne kalau aku perlukan mak??"
Amek peluang terakhir ni..
Usap rambut mak...mcm mak usap rambut kita..
Cium pipi mak.. mcm mak cium pipi kita..
Tengok mak puas-puas..
Ni last kita dpt tengok muka mak..
Lepas ni takde peluang lagi dah..
Hati-hati jgn sampai air mata kita kena muka mak..
Nanti mayat mak sakit..
Sama-sama pakaikan baju baru mak..
Tengok mak..
Mak cantik tak?
Anak-anak lelaki pulak..
Jangan waktu mak dah siap pakai kain kafan,
kita masih sibuk kat luar rumah lagi..
Masuk rumah.. Renung mayat mak..
Renung lama-lama..
Ni last kita dapat tengok mak..
Ni la kali terakhir..
Waktu ni kita dah tak dapat nak cium tangan mak lagi dah..
Kita cuma dpt cium pipi mak sekejap..
Ni la last kita dpt cium..
Mak wangi sangat..
Lepas ni kita takde peluang lagi nak cium mak..
Cakap dalam hati..
"Aku jahat mcm mana pun mak tak penah buang aku..
Aku degil mcm mana pun, mak tak penah tak bagi aku makan..
Pada mak, aku tetap anak dia..
Dulu mak tadah muntah aku..
Mak cebokkan taik aku..
Mak dukung aku.. mak suap aku makan..
Mak marah aku sebab aku nakal..
Tapi mak tak penah benci aku..
Lepas ni aku tak dapat cium mak dah..
Aku tak dapat baring atas riba mak lagi dah..
Kalau dulu bila aku makan, mak tunggu temankan aku kat meja..
Mak tengok anak dia ni makan berselera..
Lepas ni aku tak dapat rasa lagi masakan mak..
Mak.. mana anak mak ni nak cari ganti?
Mak... mak dah ampunkan dosa2 aku ke, mak???"
Bila nak sembayangkan mayat mak,
kalau takleh jadi imam, jadi makmum je..
Cepat2 diri kat belakang imam..
Dulu mak selalu suruh kita semayang..
Arini kita semayangkan mayat mak..
Bila mayat mak nak keluar rumah, cepat-cepat kita pegang keranda mak..
Biar kita pikul.. kalau boleh semua adik beradik lelaki yg pikul..
Jangan bagi org lain.. Ni mak kita..
Dulu dia yg dukung kita..
Dia yg bawak kita dlm perut dia..
Takkan mayat dia kita tanak pikul?
Waktu jalan bawak mayat mak ke kubur tu,
ingat balik waktu mak pegang tangan kita..
Waktu kita baru pandai jalan..
Mak langsung tak bagi kita jatuh..
Skrg kita nak hantar mak pegi jauh..
Sampai kat kubur, jangan bagi org lain sambut mayat mak..
Adik beradik lelaki semua terjun dlm liang..
Sambut mayat mak.. Biar kita yg bukak ikatan kafan tu.. Biar kita pusingkan mayat mak mengadap kiblat.. Biar kita yg letak bantal tanah kat belakang badan mak..
Dulu mak pastikan kita tidur ada bantal..
Ada selimut... jgn sampai kena gigit nyamuk..
Ni kita last dapat tengok mak.. Lepas ni takde dah.. Waktu ni kalau kita ada dosa dgn mak, dah terlambat nak mintak ampun dah..
Biarlah kita yg uruskan mayat mak...
Bukan org lain..
Cakap dlm hati..
"Mak.. ni last aku dapat tengok mak..
Ni last aku dapat pegang mak..
Lepas ni aku tak dapat tengok mak lagi..
Aku tak dapat pegang mak lagi..
Aku tinggalkan mak kat sini..
Mak tunggu aku eh..
Sampai masa nanti aku akan jumpa mak kat sini..
Sementara ni mak duduk kat sini..
Aku pulangkan mak kat Tuhan..
Nanti aku doa utk mak.. aku hantar sedekah utk mak..
Mak jangan risau.. aku janji dgn mak.."
Dengar bebetul talkin utk mak kita tu..
Ni la pertama kali dan terakhir kali kita dpt dengar.. Balik je dari kubur mak,
cepat-cepat doa utk mak..
"Ya ALLaH.. aku redha Kau amek mak aku.. Kau ampunkanlah dosa-dosa mak aku.. Dulu dia lahirkan aku.. Dia didik aku.. Dia sayang aku, Ya ALLaH.. Kau sayangilah dia pula... Kau terimalah amal ibadat mak.. Kau luaskanlah kuburnya.. Kau naikkan darjatnya Ya ALLaH.. Kau haramkan api neraka buat mak aku, Ya ALLaH.. Jadikan mak aku hambaMu yg mulia.."
Pastu, ingat balik semua jasa mak..
Ingat balik apa nasihat mak..
Ingat semua pesan mak..
Mak suruh jaga adik beradik..
Jangan gaduh..
Kesian kat mak..
Dia tak senang kat sana bila anak-anak dia bermusuh..
Mak cuma boleh menangis je dari jauh..
Kita yg tinggal ni jangan lupa kat mak..
Hantar pahala utk mak kat sana..
Kesian kat mak..
Kalau kita yg mati, mak tak berhenti doakan kita.. sebab mak sayang anak-anak dia..
Takkan kita anak zalim sgt dgn mak?
Takkan kita ingat je tapi takde buat pape?
Tu mak kita.. Satu-satunya mak kita..
Bukan org lain..
Sesiapa nak share, silakan share..
Meleleh2 air mata 😢 😢 😢 😢

Thursday, 18 February 2016

HIKMAH KEGUGURAN DALAM ISLAM

Diingatkan di sini, sekiranya anda keguguran, maka ingatlah Allah selalu yang ini mungkin satu ujian daripada Allah dan pada masa yang sama ia adalah Rahmat Allah yang besar kepada manusia.

Allah tahu, sekiranya anak yang lahir itu tidak sempurna sifatnya, kita pasti akan tidak tertanggung ujian yang Allah beri. Oleh itu, di sebalik tangisan, kekecewaan dan kekesalan, adalah lebih baik berdoa agar diberikan Allah yang lebih baik dan sempurna.

Semakin berat ujian semakin besar pahala dan hikmahnya. Dan semakin tinggi iman seseorang atau sebuah keluarga semakin berat pula ujiannya.

“Demi Allah,” sabda Rasulullah sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Majah, “sesungguhnya janin yang keguguran akan membawa ibunya ke surga dengan tali pusarnya, jika ibunya itu ikhlas.”
.
Subhaanallah. Demikian luar biasa pahala dan hikmah keguguran. Jika ujian itu dihadapi dengan ikhlas, sang ibu akan masuk syurga kerananya. Sebuah balasan yang sangat mulia dan mahal nilainya.

Janganlah bersedih
Pahala menunggu disana
Jemputlah share♡

BERBENGKUNG

Tidak boleh dinafikan betapa pahit-manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran. Namun begitu, amalan berpantang masih dilalui dengan tekun dan rela oleh sebilangan besar wanita Melayu. Sebabnya? Dikatakan wanita yang baru melahirkan anak dijamin akan mendapatkan kembali potongan badan yang asal, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu menarik minat suami.
"Kehamilan dan pelahiran mengganggu badan wanita dan kesemua otot-otot, tulang, urat, sendi, dan lain-lain, sudah bertukar keadaan dan menjadi kembang dan bengkak disebabkan pengaruh hormon hamil," kata Datin Sharifah. "Bengkung boleh mengempiskan perut, mengecutkan rahim bengkak dan merapatkan faraj yang telah regang dan longgar."

Terdapat beberapa amalan-amalan berpantang yang masih diamalkan secara meluas hari ini, tetapi berbengkung adalah amalan utama.

SEBAB KENAPA PERLU BERBENGKUNG SELEPAS BERSALIN
============================
1. Mengembalikan bentuk tubuh badan.

2. Membetulkan PERANAKAN
3. Mencegah dari makan berlebihan.

4. Menguatkan Tulang & Otot2 ABDOMEN yg lemah disebabkan mengandung.
5. Mengelakkan rasa sakit ketika batuk & bersin.

6. Melancarkan pengeluaran darah kotor/nifas

7. Mempercepatkan pengecutan rahim.

8. Menyokong 'posture' badan ketika menyusu serta mengurangkan sakit belakang akibat bersalin.

9. Membantu mengelakkan angin masuk ke dalam badan semasa berpantang.

10. Membantu mengembalikan kedudukan rahim/peranakan.
11. Mengembalikan tenaga dan keyakinan untuk bergerak semasa dalam pantang. Melindungi organ dalaman dan membolehkannya lebih cepat kecut dan kembali ke tempat asal.

Sepatutnya, berbengkung sahaja tidak mencukupi. Amalan-amalan lain seperti urut, bertungku, jamu dan mandian herba melengkapkan amalan berpantang. Jika diikuti dengan taat dan sempurna, amalan berpantang boleh membantu ibu baru mengurangkan berat badan serta mengimbangi paras hormon mereka.