Tuesday, 2 February 2016

3 PERKARA ASAS PENYUSUAN YANG ‘SIMPLE’ TAPI POWER

1. KERAPKAN PERAH ATAU PAM SUSU
Sebagai ibu yang menyusu, kita kena pastikan miss B kita kerap dipam sebab susu badan kita mengikut konsep ‘Supply & Demand’.
Lagi kerap kita pam, lagi banyaklah susu yang terhasil. Untuk yang tak tau bila dan berapa kerap nak pam.

Tips Mantap! –> Teknik Pam Susu Paling Hebat; Power Pumping!
Cadangan saya, untuk ibu yang bekerja, boleh pilih 3 waktu untuk perah susu,
iaitu sebelum pergi kerja, semasa lunch hour, dan sejurus sebelum pulang ke rumah dari pejabat.
Kalau nak lagi fleksibel, boleh melabur untuk dapatkan pam susu versi freestyle yang tidak berbunyi.
Pam susu jenis ini membolehkan ibu untuk pam sambil buat kerja tanpa disedari oleh sesiapa!

2. BANYAKKAN MINUM AIR
Salah satu komponen utama susu ibu adalah air. Jadi nak tak nak ibu perlu minum banyak air,
sebaiknya air yang berunsur kalsium seperti milo, horlicks dan air susu sendiri.
Kerap minum air juga membantu ibu untuk kekal hydrated. Bila ibu kekal hydrated,
ibu akan kekal cergas bertenaga, susu pun makin mudah nak flow.

3. PASTIKAN ANDA SENTIASA CERIA
Penghasilan susu berkait rapat dengan penghasilan hormon oxytocin.
Hormon oxytocin ini hanya boleh dihasilkan bila ibu ceria dan sentiasa tersenyum.
Hormon oxytocin akan seterusnya merangsang penghasilan hormon prolaktin,
yang juga digelar sebagai hormon keibuan. Hormon oxytocin + Hormon prolaktin bantu
merangsang penghasilan susu melimpah-ruah.

Selamat mencuba….

No comments:

Post a Comment